Sunday 31 July 2011

Selamat berpuasa!

Entri kali ini adalah semata untuk mengucapkan ‘selamat manjalankan ibadah puasa’khas kepada muslimin dan muslimat. Ada beberapa perkara yang ingin saya ‘highlight’kan sebagai ingatan (zikr) kepada kita semua menjelang Ramadhan al Mubarak ini.
Nota umum:
1.       Kesyukuran yang teramat perlu kita panjatkan kepada Allah s.w.t kerana Dia telah memanjangkan umur kita ke Ramadhan kali ini. Ayuh sama-sama mengisi Ramadhan kareem dengan sebanyak mungkin ibadah yang kita mampu. Haruslah kita menganggap ini adalah Ramadhan yang terakhir Allah anugerahkan kepada kita.
2.       Moga-moga kita dapat mengawal nafsu didalam madrasah Ramadhan ini sebagai latihan dan pendinding untuk kita menempuhi hari-hari di bulan-bulan yang lain.
3.       Jangan kita leka dan berlebih-lebihan dalam persediaan menyambut syawal sehingga terlupa pada pemergian Ramadhan. Besederhanalah, itu yang terbaik!
Nota kepada muslimat:
Selamat berpuasa kepada golongan yang istimewa ini. Di sini ada beberapa peringatan yang nak dikongsikan bersama.
1.       Catatlah dengan cermat tarikh datangnya ‘bulan’supaya senang kira-kiranya bila ingin meng ‘qadhok kannya’.
2.       Sekiranya kamu datang ‘bulan’ketika berpuasa di siang hari, hendaklah kamu berbuka walaupun dengan segelas air kosong untuk menandakan kamu tidak berpuasa.
3.       Dan sekiranya darah itu kering (suci) pada siang hari di bulan Ramadhan, dan kamu telah pun mandi wajib, maka hendaklah kamu menahan diri dari makan dan minum sebagai menghormati bulan puasa yang mulia ini.
Itu saja nota-nota dari saya buat diri sendiri dan juga para pembaca! Ma’a salamah wa ila liqa’.

No comments:

Post a Comment