Sunday 31 July 2011

bagaimanakah dia calon isterimu?

Semakin dekat masanya tiba, semakin saya berfikir tentangnya..sebuah perkahwinan bukanlah untuk sehari dua tetapi selagi hayat masih ada dan mungkin juga akan berpanjangan hingga ke syurga.. indahnya tetap akan teruji dengan pelbagai ujian.. sudah bersediakah saya menjadi seorang isteri dan bagaimanakah perwatakan saya sebagai seorang isteri nanti?
Orang-orang tua selalu berpesan, belajarlah dari mereka yang terlebih dahulu ‘makan garam’sebelum kamu.. jadi, sejak dua tiga hari ini saya ditakdirkan bergaul dengan makcik-makcik yang banyak mencurahkan ilmu kehidupan kepada saya untuk saya cedok dan fikir – fikirkan. Jadi, dalam entri ini, saya nak kongsikan dengan rakan pembaca sekalian..
Cerita 1
Seorang kakak menceritakan bagaimana dia bertemu jodoh dengan suaminya, seorang ustaz yang baru sahaja menjadi graduan dari university terkemuka di Mesir.. kakak itu pula bukanlah calang – calang orang , dia adalah graduan dari university tempatan dan telah pun bekerja sebagai penjawat awam dan bergaji tetap.. bertuahnya kakak ini, walaupun bukan berlatarbelakangkan pendidikan dari sekolah agama tetapi tarbiyyah dan penglibatannya sebagai aktivis Islam dan dakwah di kampus menyebabkan dia jatuh cinta pada agama dan perjuangan.. takdir Allah atau mungkin juga balasan atas jihadnya pada agama, Allah menjodohkan dia dengan ustaz muda itu.
Suatu hari, si suami bercerita kepada isterinya.. sepanjang pengajiannya di Timur Tengah dahulu, dia teringat akan satu pesanan dari gurunya.. “Wahai Ahmad (bukan nama sebenar), jika kamu inginkan kekayaan dunia carilah isteri yang bekerjaya, akan tetapi jika kamu inginkan kebahagiaan dunia carilah isteri yang berbakti kepadamu pada setiap masanya (seorang suri rumah)”. Maka, si suami mengatakan kepada isterinya, jika si isteri ingin juga bekerja hendaklah ia mengenakan hijab (purdah) ketika bekerja. Si isteri menyedari keinginan suami dan berfikir dengan akal yang berpandukan petunjuk Allah.
Akhirnya, kakak tadi bukan sahaja berhijab (berpurdah) malah dia juga sanggup meninggalkan kerjayanya demi mentaati suami tercinta. Biarpun ditentang oleh ahli keluarga pada mulanya, namun sedikitpun muslimat ini tidak menyesal dengan keputusannya. Katanya: “sudah menjadi impian akak untuk bersuamikan seorang ustaz, maka akak taat pada kemahuannya”.
Saya berfikir sejenak..bagaimana dengan dirikku? Adakah aku sanggup meninggalkan kerjayaku suatu hari nanti setelah bersusah payah menbina dan merealisasikannya ?
Cerita 2
Dalam cuti yang panjang, aku berpeluang untuk menadah kitab-kitab asas di sebuah pondok (pesantren). Dalam satu sesi soal jawab di akhir kelas fekah, ada seorang muslimat bertanyakan solan kepada ustaz.
“ustaz, bgaimana pandangan jika saya berkahwin dengan seorang graduan pondok/pesantren? “
Soalan yang dapat mencelikkan mata saya dan muslimat – muslimat lain yang sememangnya sudah kehabisan tenaga mental di akhir-akhir kelas.
Jawab ustaz bersahaja: “bagaikan satu fobia kepada ustaz pondok untuk mencari isteri di kalangan mereka yang bekerjaya atau terdidik dengan acuan kolej dan university. Sudah tentu kualiti produknya berlainan.. agak susah untuk mencari teman hidup dari kalangan pelajar university atau wanita bekerjaya yang mungkin juga tidak memahami tugas dan bebanan berat seorang penyambung risalah nubuwwah atau mungkin juga tiada masa untuk menguruskan rumah tangga atau mungkin juga tidak akan tahan dengan kehidupan bercorak ‘kesufian’  seorang ustaz pondok.. kamu tidak akan faham kehidupan kami..”
...(sambungnya) dan begitu juga seorang pelajar university yang fobia untuk bersuamikan ustaz-ustaz pondok...”  
Bagaimana kamu..sudahkah kamu menetapkan cirri bakal suamimu, seorang ustaz kah, engineer, doctor kah tau yang gi mana???
Cukup 2 cerita saja untuk kali ini..nanti saya akan kongsikan lagi di lain entri.. moga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment