Sunday 31 July 2011

Selamat berpuasa!

Entri kali ini adalah semata untuk mengucapkan ‘selamat manjalankan ibadah puasa’khas kepada muslimin dan muslimat. Ada beberapa perkara yang ingin saya ‘highlight’kan sebagai ingatan (zikr) kepada kita semua menjelang Ramadhan al Mubarak ini.
Nota umum:
1.       Kesyukuran yang teramat perlu kita panjatkan kepada Allah s.w.t kerana Dia telah memanjangkan umur kita ke Ramadhan kali ini. Ayuh sama-sama mengisi Ramadhan kareem dengan sebanyak mungkin ibadah yang kita mampu. Haruslah kita menganggap ini adalah Ramadhan yang terakhir Allah anugerahkan kepada kita.
2.       Moga-moga kita dapat mengawal nafsu didalam madrasah Ramadhan ini sebagai latihan dan pendinding untuk kita menempuhi hari-hari di bulan-bulan yang lain.
3.       Jangan kita leka dan berlebih-lebihan dalam persediaan menyambut syawal sehingga terlupa pada pemergian Ramadhan. Besederhanalah, itu yang terbaik!
Nota kepada muslimat:
Selamat berpuasa kepada golongan yang istimewa ini. Di sini ada beberapa peringatan yang nak dikongsikan bersama.
1.       Catatlah dengan cermat tarikh datangnya ‘bulan’supaya senang kira-kiranya bila ingin meng ‘qadhok kannya’.
2.       Sekiranya kamu datang ‘bulan’ketika berpuasa di siang hari, hendaklah kamu berbuka walaupun dengan segelas air kosong untuk menandakan kamu tidak berpuasa.
3.       Dan sekiranya darah itu kering (suci) pada siang hari di bulan Ramadhan, dan kamu telah pun mandi wajib, maka hendaklah kamu menahan diri dari makan dan minum sebagai menghormati bulan puasa yang mulia ini.
Itu saja nota-nota dari saya buat diri sendiri dan juga para pembaca! Ma’a salamah wa ila liqa’.

bagaimanakah dia calon isterimu?

Semakin dekat masanya tiba, semakin saya berfikir tentangnya..sebuah perkahwinan bukanlah untuk sehari dua tetapi selagi hayat masih ada dan mungkin juga akan berpanjangan hingga ke syurga.. indahnya tetap akan teruji dengan pelbagai ujian.. sudah bersediakah saya menjadi seorang isteri dan bagaimanakah perwatakan saya sebagai seorang isteri nanti?
Orang-orang tua selalu berpesan, belajarlah dari mereka yang terlebih dahulu ‘makan garam’sebelum kamu.. jadi, sejak dua tiga hari ini saya ditakdirkan bergaul dengan makcik-makcik yang banyak mencurahkan ilmu kehidupan kepada saya untuk saya cedok dan fikir – fikirkan. Jadi, dalam entri ini, saya nak kongsikan dengan rakan pembaca sekalian..
Cerita 1
Seorang kakak menceritakan bagaimana dia bertemu jodoh dengan suaminya, seorang ustaz yang baru sahaja menjadi graduan dari university terkemuka di Mesir.. kakak itu pula bukanlah calang – calang orang , dia adalah graduan dari university tempatan dan telah pun bekerja sebagai penjawat awam dan bergaji tetap.. bertuahnya kakak ini, walaupun bukan berlatarbelakangkan pendidikan dari sekolah agama tetapi tarbiyyah dan penglibatannya sebagai aktivis Islam dan dakwah di kampus menyebabkan dia jatuh cinta pada agama dan perjuangan.. takdir Allah atau mungkin juga balasan atas jihadnya pada agama, Allah menjodohkan dia dengan ustaz muda itu.
Suatu hari, si suami bercerita kepada isterinya.. sepanjang pengajiannya di Timur Tengah dahulu, dia teringat akan satu pesanan dari gurunya.. “Wahai Ahmad (bukan nama sebenar), jika kamu inginkan kekayaan dunia carilah isteri yang bekerjaya, akan tetapi jika kamu inginkan kebahagiaan dunia carilah isteri yang berbakti kepadamu pada setiap masanya (seorang suri rumah)”. Maka, si suami mengatakan kepada isterinya, jika si isteri ingin juga bekerja hendaklah ia mengenakan hijab (purdah) ketika bekerja. Si isteri menyedari keinginan suami dan berfikir dengan akal yang berpandukan petunjuk Allah.
Akhirnya, kakak tadi bukan sahaja berhijab (berpurdah) malah dia juga sanggup meninggalkan kerjayanya demi mentaati suami tercinta. Biarpun ditentang oleh ahli keluarga pada mulanya, namun sedikitpun muslimat ini tidak menyesal dengan keputusannya. Katanya: “sudah menjadi impian akak untuk bersuamikan seorang ustaz, maka akak taat pada kemahuannya”.
Saya berfikir sejenak..bagaimana dengan dirikku? Adakah aku sanggup meninggalkan kerjayaku suatu hari nanti setelah bersusah payah menbina dan merealisasikannya ?
Cerita 2
Dalam cuti yang panjang, aku berpeluang untuk menadah kitab-kitab asas di sebuah pondok (pesantren). Dalam satu sesi soal jawab di akhir kelas fekah, ada seorang muslimat bertanyakan solan kepada ustaz.
“ustaz, bgaimana pandangan jika saya berkahwin dengan seorang graduan pondok/pesantren? “
Soalan yang dapat mencelikkan mata saya dan muslimat – muslimat lain yang sememangnya sudah kehabisan tenaga mental di akhir-akhir kelas.
Jawab ustaz bersahaja: “bagaikan satu fobia kepada ustaz pondok untuk mencari isteri di kalangan mereka yang bekerjaya atau terdidik dengan acuan kolej dan university. Sudah tentu kualiti produknya berlainan.. agak susah untuk mencari teman hidup dari kalangan pelajar university atau wanita bekerjaya yang mungkin juga tidak memahami tugas dan bebanan berat seorang penyambung risalah nubuwwah atau mungkin juga tiada masa untuk menguruskan rumah tangga atau mungkin juga tidak akan tahan dengan kehidupan bercorak ‘kesufian’  seorang ustaz pondok.. kamu tidak akan faham kehidupan kami..”
...(sambungnya) dan begitu juga seorang pelajar university yang fobia untuk bersuamikan ustaz-ustaz pondok...”  
Bagaimana kamu..sudahkah kamu menetapkan cirri bakal suamimu, seorang ustaz kah, engineer, doctor kah tau yang gi mana???
Cukup 2 cerita saja untuk kali ini..nanti saya akan kongsikan lagi di lain entri.. moga bermanfaat!

Wednesday 11 May 2011

"Kawen oh kawen"

Waktu transisi remaja kepada alam dewasa ini sangatlah susah sewaktu saya di alam remaja. Malahan terbawa-bawa ke alam dewasa ini. Semuanya kerana naluri cinta yang hadir secara nalurinya di hati ini. Susahnya mengawal rontaan hawa nafsu ini, menjinakkan ia dan membentuknya menjadi baik. 

Di alam kampus ini, makin rancak fenomena 'kawen muda' di kalangan kawan-kawan sekampus. Fenomena ini bagaikan gelombang ataupun boleh sahaja saya katakan 'penyakit baik berjangkit' yang melanda. Seorang demi seorang menghulurkan kad undangan 'walimatul urus' mereka ke tangan saya. Hibanya hati saya mengenangkan nasib diri. Saya juga menginginkan perkahwinan saya disegerakan Allah, semoga saya juga menjejaki langkah kawan-kawan saya yang telah mendahului saya.

Saya bersedih kerana jodoh. Kenapa bukan saya yang dipilih Allah untuk menjadi antara yang terawal? Mengapa saya lihat kawan-kawan saya sangat mudah untuk kawen? Sedang saya...?

Semuanya berlegar di pemikiran saya. Saya bukan sakit fizikal, tapi 'sakit hati'

Lama saya mencari penawar, membuang resah yang hilang. Saya juga cuba memujuk hati dengan hikmah yang saya fikir relevan untuk saya renungkan di sebalik semuanya ini.

"Dan orang-orang yang tak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian dirinya sampai Allah memberi kemampuam kepada mereka dengan karuniaNya..." 
(An-Nur : 33)

Sungguh cantik sekali nasihat Allah..meminta aku untuk hanya bersabar. Jodoh itu satu ketentuan, belum sampai seru ringkasnya.

Saat hati saya meronta-ronta, saya juga melakukan beberapa rujukan yang saya rasa boleh menenangkan gelora hati saya. Ingin saya konsikan bersama dengan sesiapa yang bertuah membaca blog saya ini.

1) Kalau jodoh yang dijanjikan Allah belum tampak di mata, barangkali hanya soal waktu. Jadi, kecewa itu biasa. Manusiawi. Namun, songsanglah kekecewaan itu dengan tatap optimis akan datangnya kebaikan yang sudah Allah persiapkan kepada kita. Optimis Allah sedang menyimpan sosok terbaik sebagai pendamping kita.

2) Masa muda yang indah adalah masa muda yang penuh dengan keberkatan. Hidup berkat di bawah petunjuk Islam.

3)Ketika cinta menyapamu, jangan silau dengan indahnya dia, tetapu lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak.

Wah, terlalu banyak untuk saya kongsikan di sini.

Akhirnya, saya mendoakan diri saya dan remaja-remaja atau sesiapa sahaja di luar sana yang belum berkahwin, semoga Allah menjaga kesucian kita. 

"Ya Allah, jagalah hati kami dari kemaksiatan. Kami memerlukan petunjuk dan pimpinanMu..Ya Allah, yakinkanlah hati kami bahawa Kamulah Ya Allah yang menentukan soal jodoh ini. Permudahkanlah urusannya, Ya Allah apabila sudah tiba masanya. Kurniakanlah kami pendamping yang boleh menuntun kami ke pintu syurga dan juga zuriat yang soleh solehah. Ameen-ameen Ya Rabbal 'Alamin"

Friday 6 May 2011

Aku mahu menulis

Menjadi seorang penulis, sangatlah bagus. Aku mula bertatih untuk menulis apa yang kurasakan sangat bernilai untuk diri sendiri yang patut ku kongsikan di alam maya ini. Dengan menulis dan menyebarkannya, zaman Gelap Eropah bertukar kepada zaman kebangkitan, dan juga dengan menulis jugalah asbab kepada kebangkitan rakyat Iran dalam revolusi Iran..Jadi aku mahu belajar menulis, entah-entah ada peluang untuk menyumbang pada kebangkitan Islam pada masa depan.

sebelum ini aku sudah mepunyai blog sendiri. tetapi jarang di update. Puncanya dua; tiada masa atau aku takut menulis kerana kata-kata ramai orang "buat ape tulis blog kalau sekadar bercerita tentang diri sendiri?". Kini aku boleh menjawab: : setiap orang ada kelebihan masing-masing. jika tak mampu berfalsafah, boleh juga bercerita, selagi cerita itu bermanfaat dan juga ikhlas untuk dikongsikan". Al-Quran juga memasukkan pelbagai unsur dan pendekatan sebagai peringatan kepada manusia, dan salah satunya adalah CERITA! Jadi, buat ape pun boleh kan? =)